Khamis, 2 Jun 2011

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PENGHUNI PENJARA MALAYSIA


PENGENALAN
Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukanlah merupakan satu konsep baru di dalam sistem pendidikan negara. Secara hurufiahnya, pembelajaran sepanjang hayat bermaksud aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan untuk sepanjang hayat. Pada lazimnya ia merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang dewasa. Pembelajaran sepanjang hayat dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.
Pembelajaran sepanjang hayat meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Ianya termasuklah amalan membaca, penyertaan kursus jangka pendek, penyertaan kursus jangka panjang, penyertaan ceramah dan juga pembelajaran melalui pengalaman. Pembelajaran ini di lakukan melalui pendekatan formal dan tidak formal dan terbuka kepada semua peringkat umur dan latar belakang. Ianya merupakan satu bentuk pembelajaran yang fleksibel bagi membolehkan semua pihak mendapat peluang meningkatkan ilmu dan tahap kemahiran ke tahap yang menbanggakan.
Pembelajaran sepanjang hayat amat perlu dilaksanakan kepada penghuni kerana mereka ternyata kekurangan dalam beberapa aspek modal insan, seperti ilmu pengetahuan dan sahsiah. Dari aspek ilmu pengetahuan dikalangan para penghuni yang terdapat di Jabatan Penjara Malaysia, adalah diperhatikan kemahiran sosial mereka rendah, pengurusan diri yang lemah, semangat patriotisme yang kurang. Merujuk kepada juvana pula banyak di antara mereka yang tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan berhenti sekolah pada peringkat menengah rendah. Pada hemat mereka, pembelajaran untuk mereka telah berakhir tetapi apabila mereka ditempatkan di institusi penjara mereka dikehendaki meneruskan pembelajaran mengikut bidang yang mereka mempunyai keupayaan.
DEFINISI
PSH  dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.
Di dalam sesebuah organisasi, konsep ini merujuk kepada proses di mana pekerja mendapat pengetahuan serta pengalaman bagi meningkatkan kemahiran. Pekerja diharapkan memperolehi kemahiran baru dan kemudian menggunakan kemahiran tersebut dalam pekerjaannya serta berkongsi maklumat dengan pekerja lain.
Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak dapat dipelajari secara biasa,tidak juga secara formal mahupun latihan.Ianya memerlukan pusingan yang berterusan menerusi mencipta dan memahami erti perkongsian ilmu.Berdasarkan pandangan di atas PSH dapat disimpulkan kepada proses berikut;
1)      Proses pembelajaran seseorang berlaku secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang mahupun pada  masa hadapan.
2)      Proses pembelajaraan seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ianya adalah proses sepanjang hayat.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Menjelang  Abad ke-21 masyarakat antarabangsa lebih perihatin  berbanding pada abad sebelumnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui konsep PSH. Mengikut kajian  UNESCO, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara-negara membangun (Amerika Utara, Eropah dan Jepun) adalah hasil perancangan strategik pembangunan sumber manusia di mana seluruh anggota masyarakatnya mendapatkan peluang pendidikan terbuka dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO mulai pertengahan tahun 1990an telah melancarkan program bagi meningkatkan kesedaran pentingnya PSH di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Pandangan PBB ini adalah berdasarkan kepada kertas dasar yang disediakan oleh “Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Pendidikan Bagi  Abad Ke-21” bertajuk  “LEARNING: The Treasure Within.” Intisari kepada laporan tersebut mencerminkan bahawa PSH menjadi kunci kepada pembangunan sumber manusia Abad Ke-21.

Menyedari PSH menjadi penting bagi memastikan kekayaan dan kemakmuran sesebuah negara, Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan mengubal dasar, di mana PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

Y.A.B Perdana Menteri dalam ucapan di Parlimen pada 23 April 2001 telah memberikan penekanan di mana dalam RMK-8 akan dapat menyediakan asas pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkatkan produktiviti dan daya saing.

Pada tahun 2008 jumlah seramai 36,672 orang banduan berada di dalam penjara dan mereka ini adalah sumber tenaga negara. Sumber tenaga ini perlulah dibangunkan supaya mereka dapat menyumbang tenaga untuk membangunkan negara selari dengan matlamat pemulihan jabatan untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna. Pembelajaran sepanjang hayat ini juga diharapkan dapat melahirkan banduan yang lebih insaf di samping dapat menurunkan jumlah kemasukan yang berulang di samping semasa di dalam tahanan mereka dapat menjadikan institusi penjara lebih selamat.

Jumaat, 6 Mei 2011

MANUSIA-MANUSIA DISEBALIK TIRAI BESI

Penjara adalah tempat bagi pesalah-pesalah yang terlibat dalam jenayah yang pelbagai. Dari seringgan-ringgan hinggalah seberat-berat. Mereka yang didapati bersalah dan  sudah dijatuhkan hukum maka mereka ini akan digelar sebagai banduan. Kebanyakan banduan yang tinggal disebalik tirai besi ini dari kalangan warga tempatan dan asing. Mereka ini kebanyakannya tidak memiliki pekerjaan yang tetap dan walaupun memiliki pekerjaan yang tetap masih lagi terlibat juga dalam aktiviti jenayah kerana faktor rakan sebaya.
            Inilah hakikat kehidupan manusia yang tidak memiliki jiwa yang besar bagaikan sampan yang tidak berdayung akhirnya dipukul ombak dan dibawa arus tanpa ada hala tuju yang sebenar. Kehidupan mereka kembali kepada kebudak-budakan walaupun umur pada hakikatnya dewasa. Jika kita pernah melawat penjara kita akan menemui pelbagai jenis banduan, ada kalanya yang bebas bergerak di luar tirai besi, ada yang tikurung sepanjang masa dan ada yang lebih bebas dari luar tembok penjara. Namun hakikatnya jiwa mereka tetap dipenjarakan walaupun bebas bekerja di luar tembok tetapi masih diperhati dan diawasi.
Walaupun begitu dasar keraja sentiasa berubah melihat kepada perubahan zaman. Oleh itu dasar penjara juga turut berubah bukan sekadar menahan pesalah tetapi lebih kepada mendidik dan membimbing banduan ke arah mengenali diri dan memantapkan jati diri mereka. Inilah yang dikatakan sebagai proses pembentukan modal insan yang cuba diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang diaplikasikan di bawah Plan Pembangunan Insan.
Plan Pembangunan Insan adalah merupakan medium yang digunakan oleh penjara dan dikendalikan oleh Unit Pemulihan dan Rawatan. Pengisian modul lebih kepada pendidikan dan bimbingan dari segi kerohanian, syahsiah, fizikal dan mental. Kebanyakan banduan yang berada di dalam tirai besi ini, mereka akan ditempatkan mengikut kategori-kategori kes jenayah maka dengan itu mereka akan di programkan mengikut modul yang bersesuaian. Umpamanya kes yang melibatkan pengunaan dan pengambilan dadah, maka banduan ini lebih kepada kecelaruan dan kepesongan sikap. Oleh itu banduan ini lebih sesuai ditempatkan dalam program Treputic Comunity ( Terapi Kekeluargaan ). Namun begitu pendidikan dan bimbingan kerohanian tidak akan diabaikan sepertimana amalan zikir dan perkara-perkara asas ibadah mengikut pembelajaran modul Halaqah. Disamping pengisian jiwa, banduan juga diberi pengisian jasmani agar diri mereka lebih sihat dan kurang memikir hal-hal di luar. Selain itu pendidikan dan bimbingan mental tidak diabaikan, dimana banduan sentiasa diberi galakan motivasi dan kaunseling bagi membolehkan diri mereka mengenali diri dan berfikiran rasional.
Dalam menyahut hasrat negara yang inginkan manusia yang bertamadun dan mampu bersaing serta bergerak dengan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata, pihak penjara juga telah menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi banduan membina kerja mereka yang tersendiri. Misalnya kemahiran menjahit, kimpalan, simen fero dan pertukangan. Banduan yang sudah melepasi program fasa satu mereka akan mengikuti program fasa dua dan akhirnya sebelum dibebaskan mereka akan diberi latihan-latihan kemahiran seperti yang disebut. Disamping diberi latihan dan bekerja mereka dibayar gaji mengikut bidang latihan dan pekerjaan yang diikuti. Inilah bukti betapa pijak kerajaan bersungguh-sungguh dalam memulihkan manusia-manusia yang terpesong dari landasannya. Walaupun begitu, mereka tetap dibela dan dijaga kebajikannya.  
            Namun hari ini, masih lagi ramai dikalangan masyarakat kita yang belum mengetahui sepenuhnya fungsi sebenar penjara sehinggakan masih lagi menganggapkan penjara ini sebagi tempat keganasan dan akhirnya sehingga banduan-banduan yang bebas dari penjara ramai dari kalangan masyarakat yang tidak boleh menerima mereka dalam komuniti sebahagian masyarakat. Inilah punca mengapa banduan-banduan ini kembali di tahan di tirai besi kerana di luar sana bagi mereka tidak ada tempat untuk memulakan kehidupan baru. Oleh itu mereka hanya ada peluang mencari kembali rakan-rakan lama dan akhir tercebak kali kedua dan seterunsya. Penyeselaian yang paling berkesan adalah perubahan dalaman diri yang perlu di manpankan oleh diri seseorang banduan itu sendiri.

Isnin, 25 April 2011

IBNU JAMIL: ISLAM DI SEMPORNA

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adat resam dan budaya yang tersendiri bagi setiap suku kaum. Di Semporna masyarakat kaum yang terbesar adalah Bajau. Kebanyakan Bajau di Semporna menetap di laut dan di darat. Maka dari segi kefahaman dan pengyatan Islam mereka agak berbeza. Umpamaya dari segi adat resam berkaitan dengan kematian. Walaupun mereka beragama yang satu iaitu Islam tetapi dalam hal ini kebanyakan mereka lebih mengutamakan adat resam daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Umpamanya Bajau Ubian, tak kala berlakunya kematian mereka akan mengkafankan si mati dengan kain kafan yang di basuh terlebih dahulu dengan air laut kemudian dikafankan si mati tersebut dalam keadaan kain tersebut masih basah. Ini berbeza dengan kaum Bajau yang tinggal di darat, mereka ini dilihat lebih terdidik dan memiliki kefahaman agama yang baik dimana mereka mengkafankan jenazah mengikut sebagaimana yang diajar di dalam agama Islam. Namun begitu adat tetap tidak akan dipisahkan dalam kehidupan mereka, ibaratnya biar mati anak jangan mati adat. Sehinggakan sebelum si mati dibawak ke tanah perkuburan semua anak-anak si mati dipanggil dan perlu melalui di bawah pengusung keranda berjalan ulang alik sebanyak tujuh kali.

Selain daripada perkara ini, hal yang sama juga berlaku dalam upacara selepas pengkebumian. Menurut penduduk Kampung Gajah, Semporna kebiasaannya kaum Bajau Semporna apabila selesai pengkebumian perkuburan mayat akan diletak lampu pelita atau tanglung selama 7 malam.  Ada juga sesetengah Bajau Semporna seperti Ubian mereka akan tidur diperkuburan sambil bermain daun terup dan sambil berkhemah selama 7 malam. Tujuan perkuburan itu dibuat sedemikian adalah untuk dijaga agar mengelakkan daripada kubur dibungkar oleh binatang-binatang pembangkai seperti babi hutan. Ada juga sesetengah penduduk Kampung Sungai Gajah, Semporna mereka percaya bahawa terdapat sejenis binatang kangkang laut yang berbentuk nipis dan dikatakan juga makhluk syaitan yang akan membongkar kubur si mati yang dikebumikan. 

Suasana ini tidak berakhir hanya di sini sahaja, bahkan dalam hal kepercayaan yang lain seperti keimanan kepada kitan al quran. Menurut rakan saya Abd. Mannang Laang, sesetengah penduduk kampung di tempat  tinggal beliau ada yang mempercayai bahawa al quran itu ada dua jenis yang dipanggil dengan al quran awal dan al quran akhir. Menurut beliau al quran awal yang dimaksudkannya ialah tubuh badan manusia yang merupakan satu pusat ilmu dan sumber rujukan awal. Manakala al quran akhir adalah al quran itu sendiri iaitu ayat al quran itu. Antara contoh al quran awal yang dimaksudkan beliau iaitu Allah itu memiliki sifat 20 dan dalam badan manusia itu ada juga sifat 20 yang terdapat pada Allah itu. Dipanggil juga dalam bahasa Bajau Tuhan Makbaya-Baya ( Allah azzawajalla ) Pemilik Sekalian Alam. Manakala yang lain dipanggil juga Tuhan Magpa Pan Jari ( Tuhan Membuat atau Mencipta ) Sebagaimana Manusia Yang Membuat Anak.