Penjara adalah tempat bagi pesalah-pesalah yang terlibat dalam jenayah yang pelbagai. Dari seringgan-ringgan hinggalah seberat-berat. Mereka yang didapati bersalah dan sudah dijatuhkan hukum maka mereka ini akan digelar sebagai banduan. Kebanyakan banduan yang tinggal disebalik tirai besi ini dari kalangan warga tempatan dan asing. Mereka ini kebanyakannya tidak memiliki pekerjaan yang tetap dan walaupun memiliki pekerjaan yang tetap masih lagi terlibat juga dalam aktiviti jenayah kerana faktor rakan sebaya.
Inilah hakikat kehidupan manusia yang tidak memiliki jiwa yang besar bagaikan sampan yang tidak berdayung akhirnya dipukul ombak dan dibawa arus tanpa ada hala tuju yang sebenar. Kehidupan mereka kembali kepada kebudak-budakan walaupun umur pada hakikatnya dewasa. Jika kita pernah melawat penjara kita akan menemui pelbagai jenis banduan, ada kalanya yang bebas bergerak di luar tirai besi, ada yang tikurung sepanjang masa dan ada yang lebih bebas dari luar tembok penjara. Namun hakikatnya jiwa mereka tetap dipenjarakan walaupun bebas bekerja di luar tembok tetapi masih diperhati dan diawasi.
Walaupun begitu dasar keraja sentiasa berubah melihat kepada perubahan zaman. Oleh itu dasar penjara juga turut berubah bukan sekadar menahan pesalah tetapi lebih kepada mendidik dan membimbing banduan ke arah mengenali diri dan memantapkan jati diri mereka. Inilah yang dikatakan sebagai proses pembentukan modal insan yang cuba diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang diaplikasikan di bawah Plan Pembangunan Insan.
Plan Pembangunan Insan adalah merupakan medium yang digunakan oleh penjara dan dikendalikan oleh Unit Pemulihan dan Rawatan. Pengisian modul lebih kepada pendidikan dan bimbingan dari segi kerohanian, syahsiah, fizikal dan mental. Kebanyakan banduan yang berada di dalam tirai besi ini, mereka akan ditempatkan mengikut kategori-kategori kes jenayah maka dengan itu mereka akan di programkan mengikut modul yang bersesuaian. Umpamanya kes yang melibatkan pengunaan dan pengambilan dadah, maka banduan ini lebih kepada kecelaruan dan kepesongan sikap. Oleh itu banduan ini lebih sesuai ditempatkan dalam program Treputic Comunity ( Terapi Kekeluargaan ). Namun begitu pendidikan dan bimbingan kerohanian tidak akan diabaikan sepertimana amalan zikir dan perkara-perkara asas ibadah mengikut pembelajaran modul Halaqah. Disamping pengisian jiwa, banduan juga diberi pengisian jasmani agar diri mereka lebih sihat dan kurang memikir hal-hal di luar. Selain itu pendidikan dan bimbingan mental tidak diabaikan, dimana banduan sentiasa diberi galakan motivasi dan kaunseling bagi membolehkan diri mereka mengenali diri dan berfikiran rasional.
Dalam menyahut hasrat negara yang inginkan manusia yang bertamadun dan mampu bersaing serta bergerak dengan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata, pihak penjara juga telah menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi banduan membina kerja mereka yang tersendiri. Misalnya kemahiran menjahit, kimpalan, simen fero dan pertukangan. Banduan yang sudah melepasi program fasa satu mereka akan mengikuti program fasa dua dan akhirnya sebelum dibebaskan mereka akan diberi latihan-latihan kemahiran seperti yang disebut. Disamping diberi latihan dan bekerja mereka dibayar gaji mengikut bidang latihan dan pekerjaan yang diikuti. Inilah bukti betapa pijak kerajaan bersungguh-sungguh dalam memulihkan manusia-manusia yang terpesong dari landasannya. Walaupun begitu, mereka tetap dibela dan dijaga kebajikannya.
Namun hari ini, masih lagi ramai dikalangan masyarakat kita yang belum mengetahui sepenuhnya fungsi sebenar penjara sehinggakan masih lagi menganggapkan penjara ini sebagi tempat keganasan dan akhirnya sehingga banduan-banduan yang bebas dari penjara ramai dari kalangan masyarakat yang tidak boleh menerima mereka dalam komuniti sebahagian masyarakat. Inilah punca mengapa banduan-banduan ini kembali di tahan di tirai besi kerana di luar sana bagi mereka tidak ada tempat untuk memulakan kehidupan baru. Oleh itu mereka hanya ada peluang mencari kembali rakan-rakan lama dan akhir tercebak kali kedua dan seterunsya. Penyeselaian yang paling berkesan adalah perubahan dalaman diri yang perlu di manpankan oleh diri seseorang banduan itu sendiri.