Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adat resam dan budaya yang tersendiri bagi setiap suku kaum. Di Semporna masyarakat kaum yang terbesar adalah Bajau. Kebanyakan Bajau di Semporna menetap di laut dan di darat. Maka dari segi kefahaman dan pengyatan Islam mereka agak berbeza. Umpamaya dari segi adat resam berkaitan dengan kematian. Walaupun mereka beragama yang satu iaitu Islam tetapi dalam hal ini kebanyakan mereka lebih mengutamakan adat resam daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Umpamanya Bajau Ubian, tak kala berlakunya kematian mereka akan mengkafankan si mati dengan kain kafan yang di basuh terlebih dahulu dengan air laut kemudian dikafankan si mati tersebut dalam keadaan kain tersebut masih basah. Ini berbeza dengan kaum Bajau yang tinggal di darat, mereka ini dilihat lebih terdidik dan memiliki kefahaman agama yang baik dimana mereka mengkafankan jenazah mengikut sebagaimana yang diajar di dalam agama Islam. Namun begitu adat tetap tidak akan dipisahkan dalam kehidupan mereka, ibaratnya biar mati anak jangan mati adat. Sehinggakan sebelum si mati dibawak ke tanah perkuburan semua anak-anak si mati dipanggil dan perlu melalui di bawah pengusung keranda berjalan ulang alik sebanyak tujuh kali.
Selain daripada perkara ini, hal yang sama juga berlaku dalam upacara selepas pengkebumian. Menurut penduduk Kampung Gajah, Semporna kebiasaannya kaum Bajau Semporna apabila selesai pengkebumian perkuburan mayat akan diletak lampu pelita atau tanglung selama 7 malam. Ada juga sesetengah Bajau Semporna seperti Ubian mereka akan tidur diperkuburan sambil bermain daun terup dan sambil berkhemah selama 7 malam. Tujuan perkuburan itu dibuat sedemikian adalah untuk dijaga agar mengelakkan daripada kubur dibungkar oleh binatang-binatang pembangkai seperti babi hutan. Ada juga sesetengah penduduk Kampung Sungai Gajah, Semporna mereka percaya bahawa terdapat sejenis binatang kangkang laut yang berbentuk nipis dan dikatakan juga makhluk syaitan yang akan membongkar kubur si mati yang dikebumikan.

Suasana ini tidak berakhir hanya di sini sahaja, bahkan dalam hal kepercayaan yang lain seperti keimanan kepada kitan al quran. Menurut rakan saya Abd. Mannang Laang, sesetengah penduduk kampung di tempat tinggal beliau ada yang mempercayai bahawa al quran itu ada dua jenis yang dipanggil dengan al quran awal dan al quran akhir. Menurut beliau al quran awal yang dimaksudkannya ialah tubuh badan manusia yang merupakan satu pusat ilmu dan sumber rujukan awal. Manakala al quran akhir adalah al quran itu sendiri iaitu ayat al quran itu. Antara contoh al quran awal yang dimaksudkan beliau iaitu Allah itu memiliki sifat 20 dan dalam badan manusia itu ada juga sifat 20 yang terdapat pada Allah itu. Dipanggil juga dalam bahasa Bajau Tuhan Makbaya-Baya ( Allah azzawajalla ) Pemilik Sekalian Alam. Manakala yang lain dipanggil juga Tuhan Magpa Pan Jari ( Tuhan Membuat atau Mencipta ) Sebagaimana Manusia Yang Membuat Anak.